Monday, August 5, 2013

Cornflakes Madu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Biskut raya lagi, tapi yg paling senang. Kalau buat biskut Cornflakes madu ni, tak boleh awal2....sekejap je dah kosong balang kuih. Satu keluarga suka sangat makan cornflakes madu ni. Kali ni saya buat 2 adunan sekali, puas anak2 dan suami makan. Tak perlu risaulah biskut ni sampai raya ke tidak. Pada kwn2 yg masih bertungkus lumus nak buat biskut raya tu, bolehlah cuba resepi ni...mudah tapi sedap. Jom semak resepinya



Bahan A
  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang /gajus- di pakar sebentar dan sejukkan
Hiasan
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

6 comments:

  1. feberet my family... gotong royang buat cornflakes madu ni bila malam raya..
    selamat hari raya dari mama :)

    ReplyDelete
  2. Tie... wes pirang jenis ggawe kuih royo.
    Selamat hari raya Tie, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Kak Yatie sekeluarga..

    Biskut cornflakes ni fav. saya..

    ReplyDelete
  4. JOM SERTAI BERAMAI-RAMAI...

    PERTANDINGAN GUBAHAN KARNIVAL BIOTEK JOHOR
    Tarikh : 07.09.2013
    Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
    Lokasi : Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor
    Tema : Bunga Kepala Meja
    Tarikh tutup penyertaan : 23 Ogos 2013

    PERTANDINGAN MASAKAN KARNIVAL BIOTEK JOHOR
    Tarikh : 07.09.2013
    Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang
    Lokasi : Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor
    Tema : Ikan Siakap
    Tarikh tutup penyertaan : 23 Ogos 2013

    Maklumat lanjut sila hubungi :
    SEKRETARIAT KARNIVAL BIOTEK JOHOR 2013
    Tel : 07-5207810 / 8810
    Fax : 07-5207811 / 3822
    Email : event@jbiotech.gov.my
    Web : www.jbiotech.gov.my/kbj

    ReplyDelete
  5. gule perang x leh ganti ngan gule biase ke

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie, sy bru cuba semalam, 1st time cornflakes tu melekat, suka sgt! Mekasih ya kongsi resipi ni ;D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails