Monday, September 1, 2014

Kek Mentega Belang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Kemerdekaan buat semua. Cuti2 ni kita buat kek yg mudah je utk minum petang ataupun buat tetamu yg berkunjung ke rumah. Kebetulan tekak ni pun teringin sangat nak makan kek yg biasa2 je. Jadi saya pun buatlah kek mentega belang yg sangat lembut dan sedap ni. Resepi ni saya kopipes dari rakan Fb Adura's Delights. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kek mentega tu, bolehlah cuba, mmng lembut je..Jom semak resepinya...







Bahan-bahan :(loyang 8 inci)

  • 250 gm butter
  • 150 gm gula castor
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 6 biji telur saiz B
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 250 g tepung kek @ gandum*
  • 2 sudu kecil baking powder *(*di ayak bersama)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit pewarna dan perisa
Caranya........
  1. Pukul butter bersama gula hingga kembang....kemudian masukkan susu pekat. pukul sebati.
  2. Setelah itu masukkan telur 1 persatu....maksudnya masukkan sebiji telur kemudian pukul sebati, dah sebati masukkan telur yg kedua smpai la habis....masukkan jg esen vanilla.
  3. Lepas tu bolehlah masukkan pula ovalette....sebatikan ovalette kemudian masukkan tepung dan baking powder, sedikit demi sedikit.....kacau adunan hingga sebati.
  4. Bila dah siap tu....bolehlah dibahagikan kpd beberapa bahagian, warnakan adunan ikut suka masing2. 
  5. Selepas tu bolehlah mula melapiskn adunan secara berselang seli ke dalam loyang....nak sudu2 kan pun boleh juga. 
  6. Oven dipanaskan terlebih dahulu.....bile dah siap tu bolehlah bakar dgn suhu 170, selama 45-60 minit mengikut oven masing2.
    Bila dah masak...tunggu sejuk dulu bolehlah potong....makan....

1 comment:

  1. Nsmpak mudah dan sedap terima kasih yatie.acik nak cuba jugak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails